Tulisannya itu bukan tulisan kosong.

Ada wanita yang dilihat sunyi. Tetapi jika engkau melihat dengan teliti, pandangan mata kamu tidak memberikan kebenaran sepenuhnya. Wanita tidak pernah sunyi. Perkataan menjadi pendamping. Perkataan itu mengisi bahagia dan damai hati. Pada tulisan, wanita mempamerkan nilai dirinya yang mahal melalui fikir dan zikir. Tulisannya itu bukan tulisan kosong. Dia menulis dalam keadaan mahu dan … Read more

Tulislah sesuatu yang dari hati sampai ke hati.

Kita sudah biasa melihat dua tajuk ini; Di Bawah Lindungan Kaabah dan…Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck Inilah dua daripada 120 judul buku tulisan HAMKA. Lahir pada tahun 1908, meninggal pada tahun 1981. Tetapi cerita-cerita yang dikarang Buya HAMKA masih hidup sehingga sekarang. Macam mana kita berusaha agar tulisan kita pun evergreen? Tulislah sesuatu yang dari … Read more

“Semakin saya menulis semakin hati saya sakit.”

Rupa-rupanya, dia baru sahaja diuji kematian orang terdekat dan disusuli pula dengan pemberhentian kerja. Dia cuba meredakan kesedihan dengan menulis diari. Tetapi kesembuhan yang diharapkan tak berlaku. Semakin menulis semakin sakit hati. Kenapa jadi begitu? Ya, dahulu dia menulis diari dan dia rasa lega. Tetapi ia tak berlaku sekarang. Sebabnya, semua perkara dalam hidup berkembang, … Read more

Banjir Ini Mampu Melemaskan Emosi Seseorang

Kesan daripada hilang itu dan hilang ini. Banjir merupakan salah satu wajah ujian. Banyak lagi ‘banjir ujian’ dalam kehidupan kita dan keluarga. Ia muncul selari dengan keadaan orang beriman itu akan diuji bagi menaikkan darjat apabila dia bersabar. Ujian melemaskan emosi dan menenggelamkan daya berfikir. Langkah awal bagi menyelamatkan keadaan sebelum berlaku, tulis pengalaman dan … Read more

Pilih Takdir Tulisan Anda!

Jangan main-main dengan kuasa perkataan. Seorang wanita memberikan wang kepada lelaki yang dicintainya. Bukan sekali, 44 kali! Jumlah keseluruhan wang yang diberikan sebanyak RM418,400 Cinta yang dihajati tak dapat, duit simpanan hilang, menjadi mangsa cinta jarak jauh dengan lelaki yang tak pernah ditemui. Lelaki itu kononnya ahli perniagaan Melayu menetap di PerancisBegitulah terancang perkataan yang … Read more