Harta Qarun Yang Tenggelam

Harta Qarun tenggelam dan harta penulisan terapung Ini dikatakan sebahagian daripada istana Qarun. Disebutkan, keluasan padang pasir di hadapan istana dan tasik seluas 1,270 km persegi ini adalah keluasan ruang yang menampung harta yang dimilikinya. Apabila masuk ke dalam istana ini, ada sebuah lubang pada lantai. Kata pengiring, mahu mengambil harta semudah hulurkan tangan ke … Read more

Soalan di meja makan.

“Apakah faktor nombor satu menjadikan tulisan kita sampai kepada khalayak yang betul? Adakah kerana isi buku, kulit buku yang menarik atau kerana topik keluar pada masanya?” Potongan terakhir roti sandwich dikunyah perlahan-lahan. Garpu yang tidak digunakan ditolak ke tepi dan soalan tadi dijawab ringkas, “Kenal pembaca yang lapar topik itu. Mereka akan mencarinya.” Itulah sebabnya … Read more

Hidup Ini Singkat

SaratSingkatPadatBermakna Pada mata kita, hidup ini dilihat singkat tetapi sarat. Singkat dari segi masa. Sarat membawa pengalaman dan pengetahuan yang datang hari-hari. Pengalaman dan pengetahuan itu pula seperti tepung. Kedua-duanya akan memberi makna kepada kita apabila diuli sehingga membentuk pelbagai adunan. Bagaimana mahu mengadun pengalaman dan pengetahuan itu? Uli bersama menggunakan kemahiran menulis yang terpimpin. … Read more

Tulislah Dahulu Untuk Diri Sendiri

Kita tidak dapat bersabar mendepani perkara yang kita tidak faham secara menyeluruh. Disebabkan itu sebelum menulis untuk orang lain, menulis untuk diri sendiri terlebih dahulu. Tulisan itu kemudian kita baca dan perhatikan. Lanjutannya, kita besarkan kefahaman ke atas penulisan untuk diri dengan menjahitnya bersama benang tadabbur, hikmah dan mencari rasa di dalamnya. Perlahan-lahan, kita nampak … Read more

Selamatkan Memori, Selamatkan Hidup

Kau nampak? Ada seorang pelanggan di sebuah kafe yang dilihat kerap duduk di meja paling hujung. Dia akan membawa bersama pen dan buku tanpa garis. Sudah beberapa kali si pembancuh kopi di kafe tersebut melihat pelanggan itu menulis. Pernah juga dia terpandang catatan pada buku pelanggan itu. Pelanggan itu sedang menulis dirinya. Menulis mengenai pengalaman … Read more