Bajuku Berkedut

Terperanjat pagi ini tengok baju sekolah anak, kedut sana sini . Mukanya masam mencuka sambil makan karipap . Kisahnya, waktu pagi baru masing – masing sibuk nak menggosok baju sekolah . ” Uwais dah gosok baju ni, tapi iron tu melekat ” ayat mempertahankan diri, Si anak Ikutkan hati memang nak marah. Alhamdulillah, teringat satu … Read more

Alhamdulillah, Anak Tak Tidur Selepas Solat Subuh!

  Alhamdulillah, anak bangun solat subuh dan tidak tidur semula . Maka, ibu dan ayah ucapkanlah… “Alhamdulillah, tahniah! Terima kasih Ahmad sebab bangun pagi. Semoga seluruh keluarga kita termasuk seperti yang didoakan oleh Nabi. Doa Nabi itu pasti makbul nak. Moga kita diberkahi!” Bonding ibu dan ayah bersama anak. Di awal pagi anak sudah di … Read more

Setiap Anak Perlu Ada Kemahiran

Pagi ini bercerita dengan anak tentang pentingnya kemahiran dalam sesuatu bidang . Satu anak satu bidang kemahiran . Minta mereka memikirkan apa kemahiran yang mereka ada. Menjahit, memasak, bercucuk tanam? Jika nak dibandingkan zaman sekarang dengan tahun 80an dahulu, anak sekarang beruntung . Semua ilmu kemahiran ada di depan mata. Mahu atau tidak sahaja . … Read more

Ciptaan Allah sentiasa hebat

‘Subhanallah, cantiknya bunga kantan ni!’ Serius, bunga kantan yang belum dipetik ini sangat cantik. Warna merah jambunya amat menarik perhatian si pemilik mata. Kecantikannya mengalahkan kecantikan bunga mawar apabila ia mula berkembang. Cantiknya bunga ini bukan sekadar menyedapkan mata memandang. Ianya lebih dari itu. Ada insan yang menggunakannya untuk memasak laksa Penang, asam pedas, kerabu … Read more

Sudah berselawat ke?

Sedang Adik sarung kasut untuk ke sekolah, dari belakang, di kejutkan dengan soalan . ” Adik dah selawat dah ? Hari ni hari jumaat, selawat hari ni special . Ingatkan kawan – kawan, ajak selawat “. Tiba – tiba tunduk, diam . ( Berselawat ). ” Dah ibu, Adik dah selawat ” dengan senyum lebar. … Read more