Cuaca panas membahang tetapi anak dibiarkan bermain di tengah panas

  Kita sedia maklum dengan cuaca sekarang. Sinar matahari seperti menyiat kulit. Pedihnya hanya diri sendiri yang tahu. Suhu sekarang memang tinggi. Ia menguji ketabahan dan kesabaran iman kita. Saya merasa terkejut apabila ada ibu ayah yang membiarkan anak-anak yang belum menjejakkan kaki ke sekolah rendah bermain panas. Anak-anak ini tidak memakai topi atau kain … Read more

Badanku Berpeluh Di Sri Layang

Kali ini saya ingin bercerita mengenai pengalaman berada di IAB Sri Layang, Genting. Badanku berpeluh di Sri Layang… Di Sri Layang, badanku berpeluh… Saya berada di sini kerana menjalani kursus Pengkarya Guru 2016. Amat-amat seronok belajar corak penulisan novel kanak-kanak. Saya dan rakan-rakan di ajar memahami dunia mereka malah perlu memahami bahasa kanak-kanak. Badanku berpeluh … Read more

Tangan keras akhirnya menjadi lembut

Kali ini, saya ingin berkongsi kisah kejayaan seorang murid tahun satu yang saya namakan Shah sudah mampu menulis. Jika sebelum ini, tangan Shah memang keras. Nak pegang pensil pun, sudah bermasalah. Apatah lagi untuk menulis. Sekarang sudah pun bulan April, Shah sudah boleh menulis dengan baik. Setiap kali sesi pembelajaran, saya sering memberikan pujian untuk … Read more

Ikan Silikon Banyak Membantu Adik Irfan

Saya mempunyai seorang murid lelaki yang mengalami masalah memegang pensil dengan betul. Jenuh juga saya nak membetulkan cara dia menulis. Katanya dia sudah selesa menulis seperti itu. Suatu hari, saya ternampak gambar di bawah di dalam grup telegram bagi guru Linus. Saya membeli alat ini. Murah sahaja. RM10 untuk 4 pcs. Alhamdulillah, alat ini banyak … Read more

Kita juga ada Ana “Frozen”

Anakanda saya amat meminati Ana di dalam cerita Frozen. Gambarnya memang cantik. Bagi anakanda, itulah kartun yang menjadi idolanya dalam dunia kecantikan. Risau saya dibuatnya. Saya akur kartun itu menarik. Cuma pakaiannya yang seksi dan tidak menutup aurat tidak seharusnya menjadi contoh kepada anakanda. Jenuh juga nak fikir. Alhamdulillah, Allah tunjukkan jalan kepada saya. Ana … Read more