Anak Anda Mungkin Mangsanya

Adakah minggu ini, kita sudah memeriksa bekas-bekas yang menakung air? Kita seringkali cuai dalam menjaga bekas seperti itu namun NYAMUK AEDES tidak cuai. Malah mereka lebih gembira dengan kecuaian manusia. Ayuh, kita sama-sama bergerak untuk mengambil langkah pencegahan segera. Tiada aedes, tiada denggi.  

Berdoalah kepada ibu dan bapa

” Setiap pagi sedekahkan alfatihah kepada kedua ibubapamu ( tak kira masih hidup atau telah tiada ). Nescaya pintu rezekimu akan terbuka buat kamu ” petikan kata-kata Dato’ Dr Hj Mohd Fadzilah Kamsah.♡♡♡♡♡    

Jom, dikir barat

Hari ini, ramai murid yang tidak hadir. Memang menjadi satu kebiasaan, setiap kali tiba hari Khamis, hal ini akan berlaku. Ketika saya baru melangkah masuk ke kelas 4 Genius, mereka mula :   “Ustazah, tak payah belajarlah hari ni”   “Ustazah, ramai tak datang ke sekolah”   “Ustazah, buat kerja sendiri ye”   Saya hanya … Read more

DVD Arabic untuk si manja anda

Assalamualaikum. Hari ini, saya ingin berkongsi dvd arabic Dora dan Diego yang bagus untuk si manja anda. Anak-anak saya amat menyukainya. Malah ada beberapa patah perkataan yang boleh diikuti oleh mereka. Antara contoh membilang nombor 1 sehingga 10 dalam bahasa arab. Mereka belajar sambil menyanyi. Ianya adalah salah satu kaedah pembelajaran yang dipanggil Didik Hibur. … Read more

Saya suka…

Alhamdulillah. Allah telah memberikan rezeki yang lebih untuk kami sekeluarga. Kali ini, saya dan suami dapat membelikan baju melaju tshirt dan baju kurung tshirt untuk anak-anak. Mereka amat gembira kerana mendapat baju baru. “Terima kasih umi. Abang suka. Abang memang hebat”, ujar anak sulung kami yang baru berusia 3 tahun 8 bulan sambil memeluk tubuhku. … Read more