DVD Arabic untuk si manja anda

Assalamualaikum. Hari ini, saya ingin berkongsi dvd arabic Dora dan Diego yang bagus untuk si manja anda. Anak-anak saya amat menyukainya. Malah ada beberapa patah perkataan yang boleh diikuti oleh mereka. Antara contoh membilang nombor 1 sehingga 10 dalam bahasa arab. Mereka belajar sambil menyanyi. Ianya adalah salah satu kaedah pembelajaran yang dipanggil Didik Hibur. … Read more

Saya suka…

Alhamdulillah. Allah telah memberikan rezeki yang lebih untuk kami sekeluarga. Kali ini, saya dan suami dapat membelikan baju melaju tshirt dan baju kurung tshirt untuk anak-anak. Mereka amat gembira kerana mendapat baju baru. “Terima kasih umi. Abang suka. Abang memang hebat”, ujar anak sulung kami yang baru berusia 3 tahun 8 bulan sambil memeluk tubuhku. … Read more

Adab Berbuka Puasa

Assalamualaikum Sebagai umat Islam, kita perlu tahu adab berbuka puasa dengan betul. Insya Allah, setiap apa yang dilakukan oleh nabi Muhammad mempunyai manfaat dan kesan ke atas diri kita. Umpamanya berbuka puasa dengan memakan kurma terlebih dahulu. Jika adik-adik berusaha mencari maklumat berkaitan dengan kurma, adik-adik pasti memahami kenapa kita dianjurkan memakan buah kurma untuk … Read more

Selamat Berpuasa

Assalamualaikum Apa khabar adik-adik? Kakak mendoakan agar adik-adik diberikan kesihatan yang baik dan juga kekuatan menjalani ibadah puasa. Jika terasa lapar atau dahaga, adik-adik perbanyakkan membaca alquran atau berzikir. Selawat ke atas nabi Muhammad juga, amat bagus. Insya Allah, perasaan lapar atau dahaga akan beransur hilang.

Guru Juga Seorang Usahawan

                                Haaa, guru juga seorang usahawan. Bezanya masa mereka tertumpu 100% disekolah. Jika anda seorang guru yang suka berniaga, jangan lupa tugas anda sebagai usahawan yang sedang berurusan dengan manusia. Jika anda gagal menjadi usahawan yang berjaya dalam mendidik anak … Read more