Hidup Ini Singkat

SaratSingkatPadatBermakna Pada mata kita, hidup ini dilihat singkat tetapi sarat. Singkat dari segi masa. Sarat membawa pengalaman dan pengetahuan yang datang hari-hari. Pengalaman dan pengetahuan itu pula seperti tepung. Kedua-duanya akan memberi makna kepada kita apabila diuli sehingga membentuk pelbagai adunan. Bagaimana mahu mengadun pengalaman dan pengetahuan itu? Uli bersama menggunakan kemahiran menulis yang terpimpin. … Read more

Tulislah Dahulu Untuk Diri Sendiri

Kita tidak dapat bersabar mendepani perkara yang kita tidak faham secara menyeluruh. Disebabkan itu sebelum menulis untuk orang lain, menulis untuk diri sendiri terlebih dahulu. Tulisan itu kemudian kita baca dan perhatikan. Lanjutannya, kita besarkan kefahaman ke atas penulisan untuk diri dengan menjahitnya bersama benang tadabbur, hikmah dan mencari rasa di dalamnya. Perlahan-lahan, kita nampak … Read more

Selamatkan Memori, Selamatkan Hidup

Kau nampak? Ada seorang pelanggan di sebuah kafe yang dilihat kerap duduk di meja paling hujung. Dia akan membawa bersama pen dan buku tanpa garis. Sudah beberapa kali si pembancuh kopi di kafe tersebut melihat pelanggan itu menulis. Pernah juga dia terpandang catatan pada buku pelanggan itu. Pelanggan itu sedang menulis dirinya. Menulis mengenai pengalaman … Read more

Tulisannya itu bukan tulisan kosong.

Ada wanita yang dilihat sunyi. Tetapi jika engkau melihat dengan teliti, pandangan mata kamu tidak memberikan kebenaran sepenuhnya. Wanita tidak pernah sunyi. Perkataan menjadi pendamping. Perkataan itu mengisi bahagia dan damai hati. Pada tulisan, wanita mempamerkan nilai dirinya yang mahal melalui fikir dan zikir. Tulisannya itu bukan tulisan kosong. Dia menulis dalam keadaan mahu dan … Read more

Tulislah sesuatu yang dari hati sampai ke hati.

Kita sudah biasa melihat dua tajuk ini; Di Bawah Lindungan Kaabah dan…Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck Inilah dua daripada 120 judul buku tulisan HAMKA. Lahir pada tahun 1908, meninggal pada tahun 1981. Tetapi cerita-cerita yang dikarang Buya HAMKA masih hidup sehingga sekarang. Macam mana kita berusaha agar tulisan kita pun evergreen? Tulislah sesuatu yang dari … Read more