Manfaat solat subuh

Solat Subuh adalah solat yang amat berat dikerjakan. Rasulullah menyatakan bahawa orang munafik sentiasa merasa berat dan susah untuk mengerjakan solat subuh sedangkan ia jelas mempunyai manfaat kesihatan. Antara manfaat solat subuh adalah memastikan keseimbangan kadar serotonin yang mengawal komunikasi antara sel saraf dan mengawal kadar hormon kortisol yang membantu metabolisme gula

Apa itu mata malas

Anak anda ada masalah mata malas??? Masalah amblyopia tidak boleh dikesan diperingkat awal sehinggalah si manja anda menunjukkan tanda-tanda terdapat kerabunan dimatanya. Menurut Dr.Nor’Ain Mohd Rawi, Pakar Oftalmologi dari Hospital Selayang, punca utama masalah mata rabun kepada kanak-kanak ialah disebabkan oleh kejulingan mata (strabismic amblyopia), kesilapan biasan (refractive error) samada keperluan pada kuasa cermin mata … Read more

Mata malas anak

Pengalaman hari pertama sesi persekolahan 2015 bersama murid-murid tahun 1 memperlihatkan pelbagai karenah. Ada yang menangis, gembira, takut dan sebagainya. Alhamdulillah, tiada seorang pun yang menangis ingin balik ke rumah. Sepanjang sesi bersama dengan mereka, saya mendapati ada 2 orang murid perempuan yang mempunyai masalah penglihatan. Setelah bersembang secara peribadi, murid A mengatakan dia memang … Read more

Madu Lebah Kelulut

Assalamualaikum. Kali ini, saya ingin berkongsi kebaikan madu lebah kelulut. Anak-anak memang gemarkan madu tersebut berbanding madu jenis lain meskipun rasanya agak masam. Tambahan pula, madu tersebut diletakkan didalam peti. Pernah dibiarkan berada diluar, madu tersebut terasa lebih masam dan tekak tak boleh nak menelannya. Pemilik lamanweb lebahkelulut.com telah mengatakan madu tersebut boleh diletakkan didalam … Read more

Anak Anda Mungkin Mangsanya

Adakah minggu ini, kita sudah memeriksa bekas-bekas yang menakung air? Kita seringkali cuai dalam menjaga bekas seperti itu namun NYAMUK AEDES tidak cuai. Malah mereka lebih gembira dengan kecuaian manusia. Ayuh, kita sama-sama bergerak untuk mengambil langkah pencegahan segera. Tiada aedes, tiada denggi.